Thursday, March 4, 2010

LAGI KISAH NOMBOR 19

 Pada tulisan yang lepas telah dterangkan bahawa surah yang ke-9 tidak dimulai dengan bacaan "Basmallah" kerana isinya merupakan ayat-ayat perang. Dalam surah ke-9 ini kebanyakan isi bicaranya adalah tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum Musyrikin kerana pengkhianatan mereka. Bagi surah yang ke-27 terdapat kisah mengenai penyerahan diri Ratu Balqis oleh Nabi Sulaiman a.s.
 Terjemahan Surah ke-9 ayat 3: "Dan (inilah) pemakluman Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar, bahawa sesungguhnya  Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka mendapat seksa yang pedih)."
 Terjemahan Surah ke-27 ayat 29-31: "Berkata ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri."
 Pada surah yang ke-27 ayat: 30 tempat ditemui kalimah "Basmallah". Apabila bilangan surah dan ayatnya dijumlahkan, maka hasilnya merupakan gandaan 19 iaitu 27 + 30 = 57 (19 X 3).
Jika diteliti, kita dapat melihat perkaitan yang menarik di antara surah ke-9 dan surah ke-27.  Surah ke-27 merupakan surah yang ke-19 jika dikira dari surah ke-9.                   Surah yang ke: 9, 10, 11, 12,...25, 26, 27
                  Urutan surah: 1, 2, 3, 4,...17, 18, 19
Berdasarkan fakta di atas, apabila bilangan-bilangan surah ini dijumlahkan bermula dari surah ke-9 hingga 27:                   9 + 10 + 11 + 12 +...+ 24 + 25 +26 + 27 menghasilkan jumlah 342 (atau 19  X 18).
Wahyu pertama (surah ke-96, ayat 1-5) terdiri daripada 19 kata (atau 19 X 1) dan 76 huruf (atau 19 X 4). Wahyu kedua  (Surah ke-68, ayat 1-9) terdiri daripada 38 kata (atau 19 X 2). Wahyu ketiga (Surah ke-73, ayat 1-10) merangkumi 57 kata (atau 19 X 3). Wahyu terakhir (Surah ke-110) merangkumi 19 kata (atau 19 X 1). Ayat pertama surah ke-110 tersebut terdiri daripada 19 huruf (atau 19 X 1). Wahyu yang pertama kali menyatakan keesaan Allah S. W. T. Adalah wahyu yang ke-19 iaitu Surah ke-112 (Al-Ikhlas). Surah ke-96 (wahyu pertama), jika dikira dari belakang Al-Quran merupakan surah yang ke-19.                   Surah yang ke: 114, 113, 112, 111,...
                  Urutan surah ke:  1, 2, 3, 4,..., 17, 18, 19.
 Bukti-bukti di atas menunjukkan Al-Quran telah tersusun rapi dan indah. Al-Quran juga telah disusun mengikut perhitungan sistem kunci yang sistematik (interlocking system), sesuai dengan maksud dari Surah ke-85, ayat 20 yang bermaksud: "Allah telah mengepung/mengunci mereka dari belakang."

 Sumber:  1)Al-Quran dan terjemahannya.
                2) Apabila rahsia nombor 1-9 terbongkar (Nurin binti Mohd Noor)
 * Sebenarnya masih banyak lagi rahsia nombor 19 yang telah disingkap di dalam Al-Quran. Namun, secebis tulisan ini bagi saya telah berjaya membuktikan Al-Quran merupakan mukjizat yang agung. Saya akan cuba pula mengirim tentang keistimewaan nombor 19 di lain masa. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment