Thursday, March 4, 2010

HARGA MINYAK NAIK

Kenapa perlu harga minyak naik??

cukuplah sekarang ini dengan keadaan yang idak menentu dalam suasana ekonomi dan politik malaysia masih tidak stabil maka kenaikan harga minyak akan menyebabkan golongan pertenghan dan bawahan akan berasa bosan seolah-olah suara mereka tidak didengar.

kita bukannya negara maju, tetapi kita masih negara membangun sebarang kenaikan bahan komoditi asas ini akan menyebabkan kesan domino dari segi sosial ekonomi serta politik. pastikan rakyat bukan kesudahannya menanggung beban hasil kenaikan minyak..

rakyat sebenarnya bukan tidak menyokong kerajaan tetapi bosan dengan dasar2 kerajaan yang berat kepada golongan kaya sahaja. yang kaya terus kaya dan yang miskin terus tersepit. semuanya berlindung sebalik realiti yang sengaja disembunyikan fakta.

apakah alasan menteri berkaitan kali ini untuk menjelaskan kepada rakyat kenaikan harga minyak, jangan hanya berkata negara lain minyak lebih tinggi tetapi lihat kekuatan dalam negara adakah cukup kuat sekiranya kenyataan tersebut dikeluarkan.. fikirkan bersama

No comments:

Post a Comment