Nombor 19 merupakan salah satu nombor prima (prime number) iaitu nombor yang tidak dapat dibahagi dengan apa-apa nombor sekali pun melainkan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, keistimewaan tersebut seolah-olah melambangkan sifat Allah S.W.T. yang MAHA dan tiada tolok bandingnya kepada sesiapa dan apa sekalipun kecuali bagi diriNya sendiri. Firman Allah di dalam Surah Al-Ikhlas, ayat 3 yang bermaksud:
"Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan."
Nombor 19 terdiri daripada angka 1 dan 9 di mana angka 1 merupakan bilangan pertama sekali dan angka 9 merupakan bilangan terakhir dalam sistem kiraan. Keistimewaan tersebut jelas membuktikan sifat Allah S.W.T. yang Maha Awal dan Maha Akhir. Di dalam Surah Al-Hadid, ayat 3 yang bermaksud: "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
Angka 1 boleh melambangkan sifat Allah S.W.T. yang Maha Esa. Ini dapat dilihat di dalam Surah Al-Ikhlas, ayat 1 yang bermaksud: "Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa."
Angka 9 yang diertikan sebagai angka terbesar melambangkan salah satu sifat Allah S.W.T. yang ke-38, "Maha Besar".
Nombor 19 adalah satu kod Matematik yang berlatar belakang susunan huruf Al-Quran. Ia merupakan satu fenomena unik dan sekaligus membuktikan bahawa Al-Quran merupakan wahyu dari Allah S.W.T. dan bukannya karya atau tulisan dari manusia biasa. Otak manusia tidak akan mampu mencipta karya-karya, huruf-huruf serta perkataan-perkataan mengikut satu kod Matematik yang sekaligus membawa tema yang utama.
Nombor 19 juga berfungsi sebagai pemeliharaan ketulenan serta keutuhan Al-Quran. Nombor 19 boleh digunakan untuk menentukan apakah kitab Al-Quran ini mengandungi kesilapan ataupun tidak. Caranya daengan menghitung kata-kata krusial yang jumlahnya dalam Al-Quran digandakan dengan nombor 19. Ia kemudian dibahagi pula dengan nombor hasil hitungan 19.
Maka, dengan cara itu kita dapat melihat bahawa Al-Quran tetap asli sehingga ke akhir zaman. Ia juga membuktikan bahawa Allah S.W.T. merupakan Pencipta bagi sekalian alam ini. Firman Allah di dalam Surah Al-Fushshilat, ayat 42 yang bermaksud: "Yang tidak datang kepadanya (Al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.
Bila Tun Mahathir buat lawak "double meaning"
8 months ago
No comments:
Post a Comment